BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 29, 2009

Juadah Berbuka Puasa Episod 2

Atas permintaan Cik Masjemput yang naak sangat tengok gerai jualan makanan ni, jadi di uploadkanlah gambar-gambar berkenaan. Gambar ni di ambil petang tadi, kebetulan hari ni tak ramai pelanggan sebab hujung minggu, dan ramai yang balik kampung memandangkan hari cuti sampai hari Isnin.


Hadapan kedai Myzen Frozen, kepunyaan Puan Yanti


Bukak gerai kecik jee... buat secara suka-suka...





Kuih-muih, pudding dan agar-agar ni dibuat oleh Puan Yanti


Antara lauk nasi yang dijual





Antara menu ari ni Keli Masak Ciliapi, Sambal Tempe dan Bilis, Pajeri Nenas, Ayam Masak Merah, Lala Goreng, Tomyam Ayam, Ayam Masak Kurma, Ikan Keli goreng Merah, Sayur Pucuk Paku, Udang Masak Merah dan beberapa jenis lauk lagi.

Monday, August 24, 2009

Azma dan Akeem


Azma dan Akeem




Tuan rumah sedang sibuk kempen cupcakes



Danial dan anak-anak Azma



Untie Azma dan Uncle Akeem sekeluarga ni sebenarnya kini menetap di German kerana Untie Azma sedang melanjutkan pelajaran peringkat PhD di sana. Mereka balik bercuti sejak beberapa minggu lalu di Malaysia dan hari Khamis nanti mereka dijadualkan pulang semula ke sana. Sejak balik ni sempat la mereka beberapa kali singgah ke rumah. Gambar-gambar di atas adalah kenangan sebelum mereka balik ke German untuk teruskan pengajian beberapa tahun lagi.

Juadah Berbuka Puasa













Gambar-gambar kat atas di ambil bagi masakan yang dijual sebagai juadah berbuka puasa. Sebenarnya ni baru first time berniaga juadah ni, saja nak test market. Juadah ni semua dijual de depan kedai Myzen Frozen kepunyaan Puan Yanti (adik ipar).