BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 29, 2009

Aidilfitri 2009 di Terengganu

Selamat Hari Raya! Best sungguh dapat balik kampung sambut raya, yang paling best tentulah sebab dapat main puas-puas. Member2 seangkatan pun ramai kat kampung, apalagi... enjoy sakan ler. Tak payah pikir belajar, sekolah, tuisyen, piano yang penting raya, raya, raya...!

Balik kampung seminggu dengan ibu, papa dan Cu Ma. Beraya rumah Mok, rumah Nyang, rumah atuk ngan nenek sedara dan termasuk beraya di pantai. Best best best... nanti nak balik kampung lagi. Kalau boleh nak sekolah kat kampung sekali (tapi papa marah ler pulak...). So ni ler antara gambar hari raya baru-baru ni...

Kenangan di Aidilfitri 2009

Bersama Achik, Angah, Nazman dan Kak Long

Walaupun hari raya, PSP tetap dihatiku!

Yang ni skuter kat rumah Su Pah

Dengan papa kat rumah Abah Amir

Yang ni dengan Mat Den, sepupu saya yang baru nak jadi anak murid saya...

Tengah ajar Mat Den menari Shuffle, hehe...

Beraya kat pantai Batu Buruk

Kelas kanak-kanak dan dewasa...

Bergembira di Hari Raya!

Ada banyak lagi gambar-gambar raya, kalau nak tengok ada di http://www.flickr.com/photos/hafizomar779/. Selamat Hari Raya!

Monday, September 14, 2009

Tema Raya 2: KLCC

Kali ni berkunjung pulak ke KLCC, nak tengok sendiri decoration rumah Mat Kampung Boy seperti yang diberitahu CuMa. Excited jer tengok "kawan-kawan" Danial, sebelum ni dapat tengok dalam tv jer. Memang nampak menarik dan sungguh terserlah suasana kampung.


Inilah rumah Mat yang terkenal tuu...



"Hensem nyer Mat, siap pakai spek sambut raya..."



Yang ni siap ada ketupat spare lagi dalam songkok...


"Satu Malaysia"












Saturday, September 12, 2009

Tema Raya di Mid Valley

Sempena lebaran yang bakal tiba, shopping complex di KL berlumba-lumba buat sambutan raya, dengan menyiapkan pelbagai tema dan hiasan. Sebenarnya agak terkilan jugak dengan shopping complex ni, diorang buat sambutan boleh kata ala kadar aje, tak seperti kalau nak sambut Krismas. Maklum ler kebanyakan top management shopping complex ni bukan orang Melayu/Islam, itu yang saban tahun sambuatan ala kadar aje.

Kebetulan ke Mid Valley ari ni time diadakan pertunjukan tarian tradisional Melayu seperti tarian Kuda Kepang, Zapin, joget dan lain-lain. Ramai jugak pengunjung yang menyaksikan tarian ini, termasuk pelancong asing. Jadi dapatlah ambil beberapa keping gambar sewaktu pertunjukan diadakan.


Tema suasana kampung


Ruang niaga juga dihiasi dengan suasana seperti kampung tradisional











Monday, September 7, 2009

Ramadhan dan Bunga Api









Tradisi budak2 di bulan posa ni mesti nak main bunga api dan mercun. Bunga api boleh la Danial nak main, kalau mercun jangan harap ler nak kasi. Pegi pasar ramadhan rata2 orang jual bunga api dan mercun, siap ada permit dari polis lagi. Beli la sikit bunga api, dapat laDanial lepas gian nak main bunga api. Nanti balik kampung nak main lagi dengan sepupu2 sebab kat sini kena main sorang2 je...

Saturday, September 5, 2009

Piano Lesson





Ni gambar-gambar masa Danial tgh practise piano kat rumah. Danial amik piano lesson start bulan Mac ari tu dan hingga sekarang masih lagi banyak practise untuk mahirkan pergerakan jari-jari. Walaupun bukan mudah nak mahirkan diri dengan piano ni, tapi Danial tetap kena tekun practise. Kelas piano diadakan sekali seminggu selama setengah jam satu sessi. Walaupun hanya setengah jam, tapi method pembelajaran secara 1 to 1 agak berkesan. Oleh sebab kelas sekali je seminggu, jadi kenalah banyak practise kat rumah. Harap nya cepat lah nanti Danial dapat test untuk naik Grade 2.