BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 31, 2009

Final Exam!

Masuk bulan November bermakna cuti sekolah dah makin dekat.... yahoooo! TAPI.... kena exam akhir tahun dulu sebelum cuti. Alamak.... kena banyak mengadap buku ler bila nak exam ni. Jadual exam dah dapat, start hari Rabu ni sampai hari Isnin depan. Papa dan Ibu dah bising suruh buat revision, PS2 pun dah tak boleh main sebab Ibu dah simpan.... Ibu kata exam ni penting sebab boleh tentukan kelas yang baik masa di Tahun 2 nanti.

Tension? Tak lah sangat.... walaupun kena balajar untuk exam tapi tetap ada masa boleh main PSP, tengok kartun sikit-sikit dan masih boleh main dengan Ramadhan dan Syawal. Jadi semua ada.... belajar, main, kartun, dan hamster!

Malam ni masa tengah buat revision Mathematics Papa ambil gambar... jadi kena lah berlakon yang saya tengah gigih menjawab soalan. Tak caya boleh tengok gambar di bawah ni....

Tengok betapa seriusnya saya belajar.... hehe


Senang je soalan ni...





Kena baca soalan betul-betul...


Ni lah buku latihan saya...


Sambung kerja....



Sunday, October 11, 2009

Bergambar Dengan Ramadhan dan Syawal

Sejak ada 2 ekor hamster ni memang seronok memanjang. Setiap hari nak main-main dengan Ramadhan dan Syawal. Walaupun bila pegang Ramadhan dan Syawal selalu nak lari tapi saya tak kisah sebab bukannya laju sangat pun dia lari.

Hari ni Papa buat sesi bergambar dengan Ramadhan dan Syawal sebagai kenangan. Macam biasa, Ramadhan dan Syawal sentiasa nak lari bila berada di luar rumahnya, jadi saya kena tangkap dan kawal untuk bergambar. Walaupun kena kejar hamster ni, tapi sesi bergambar dengan Ramadhan dan Syawal tetap seronok.

Yang ni adalah Ramadhan yang lincah


Syawal pulak gemuk sikit, jadi lambat sikit bergerak


Seronok tengok hamster ni bermain-main di luar


Kena control hamster ni supaya tak lari jauh


Ramadhan dah ready nak bergambar


Cute tak Syawal ni...?


Pegang hamster ni kadang-kadang geli jugak


Memang kelakar sangat hamster ni...

Saturday, October 10, 2009

Hamster Kesayanganku

Kali ni nak perkenalkan 2 ekor hamster yang baru dibeli, hadiah dari Ibu dan Papa kerana saya dapat berpuasa penuh pada bulan Ramadhan baru2 ni. Memang best lah dapat hamster ni, sebagai ganti 2 ekor hamster yang telah mati dulu.

Hamster2 ni diberi nama Ramadhan dan Syawal. Ramadhan tu hamster jantan kurus sket, manakala Syawal pulak hamster yang gemuk dan gebu. Ramadhan tu kurus sket sebab dia selalu puasa.... Syawal pulak selalu sambut raya, sebab tu dia suka makan banyak.

Sekarang kalau boleh saya nak bawak Ramadhan dan Syawal ke mana saja saya pergi. Lagipun rumah Ramadhan dan Syawal kecil dan cute, jadi senang nak bawa ke mana-mana. Petang tadi bawak Ramadhan dan Syawal pegi jalan-jalan ke pasar malam. BTime boring boleh main dengan Ramadhan dan Syawal, memang best....!

Yang ni Ramadhan


Yang ni pulak Syawal


Dua-dua tengah syok makan...


Makanan Ramadhan dah abis... mencari makanan lain dalam bekas


Sambung makan lagi...

Friday, October 9, 2009

Beraya Di KL

Hari minggu lepas saya dan family bersama Cu Ma beraya di KL pulak. Mula-mula ke rumah Nek Bedah di Taman Batu, Jalan Ipoh. Ni kali kedua saya ke rumah Nek Bedah, mulanya ingat nak bawak sekali hamster yang baru dibeli, tapi papa cakap kena tinggal dalam kereta. Tak best lah cam ni... saya pun tak berapa ada mood beraya di rumah Nek Bedah.

Kemudian kami ke rumah Abang Syaidi di Puchong, sampai pun dah dekat nak Maghrib. Kali ni boleh bawak hamster sekali. Hoorraayyyy! Bawak masuk rumah Abang Syaidi terus dikerumi oleh Abang Syaidi, Irfan dan Hadzim. Baru lah best cam ni...

Di rumah Nek Bedah


Saya dan Ibu


Ibu sedang berbual dengan Nek Bedah


Nak tunjukkan hamster pada Irfan


" Ni lah hamster yang saya baru beli..."


Dah puas main, sekarang time makan....



"Bestnya ayam goreng ni..."