Salam kawan-kawan!
Cuti sekolah dah berakhir dan apalagi, kena kembali ke sekolah seperti biasa. Kali ni saya dah di Tahun 2, mujur kali ni ramai dikalangan classmate masih lagi kawan-kawan yang sama di Tahun 1. Saya sentiasa bersemangat ke sekolah sebab dapat belajar dan bermain dengan kawan-kawan.
Persekolahan juga bermakna saya terpaksa kurangkan bermain PS2 dan PSP, ibu dan Papa saya kata saya hanya boleh bermain game pada hari Ahad sahaja, hari Sabtu pun sekarang kena belajar. Tak apalah, saya akan tunggu setiap hari Ahad tiba, hehehe...
Seperti juga tahun lepas, waktu pagi saya akan ke Sekolah Agama Raudhatul Aulad untuk belajar di kelas KAFA. Pulang pukul 11 dan selepas itu bersiap pula ke Sek. Keb. Jalan 4 pada pukul 1. Begitulah jadual sekolah saya dari Isnin sampai Jumaat, belajar start 7.30 pagi sampai 6.30 petang. Tiap hari Selasa pula ada tutorial English di Smart Reader pada malam jam 8-10 malam, manakala hari Rabu malam ada piano lesson selama setengah jam. Letih?.... memang letih jugak tapi saya dah biasa, cuma bila dapat tidur tu memang terus sampai pagi sebab memang keletihan.
Itulah rutin saya tentang persekolahan, kita jumpa lagi nanti....

Bersiap nak ke Sekolah Agama, mata bengkak lagi sebab dah lama tak bangun awal pagi
Yang ni sebelum pegi sekolah biasa, bergambar kat luar rumah dulu
0 comments:
Post a Comment